Sunday, August 06, 2006

 

TRANSKRIP

Di atas transkrip ini, saya mengakui HIDUP PENUH BICARA dan BILA HARUS MEMILIH, jalannya penuh dilema. Di mana haluan dan di mana panduan atau ke arah mana hala? RUPANYA KITA SERUPA, kita sesama insan sentiasa CUBA UNTUK MENGERTI agar jalan bisa seiring dan tangan boleh seganding. Atas kebersamaan ini IMPIANKAN NYATA kerana seupayanya kita cuba menjadi sesuatu di antara satu sama lain.

HATI BERBISIK penuh rasa kebahagiaan di atas kehadiran kalian,rakan-rakan dan insan yang teristimewa yang begitu besar maknanya. SHADIK SITU SANA SINI yang kalian jejaki memanjangkan usia persahabatan dan percintaan kita. Segala yang ditempuh penuh warna dan saya lalui TANPA DENDAM DI HATI. Dalam sejuta ketabahan itu, adakala tertanya sendiri, BISAKAH semuanya diharungi?
PASTIKAN suatu waktu kita akan saling berdepan dengan kebahagiaan dan permasalahan yang sama namun BIARLAH RAHSIA menjadi perkara paling tersembunyi dan INTRIG CINTA akan menemui DESTINASI CINTAnya sendiri.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?